Sunday, 22 July 2012

KESETIAAN BERBELAH BAHAGI?PEMIMPIN BN YANG TIDAK IKHLAS DAN MENIPU,



WE CANNOT CONTROL THE EVIL TONGUES OF OTHERS; BUT A GOOD LIFE ENABLES US TO DISREGARD THEM.

Dua parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) – Umno dan MCA – menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak kerana takut kehilangan mandat untuk memerintah.
MIC juga mula menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa tetapi menganjurkan pergaduhan jalanan dan mencadangkan ujian pengesan bohong tidak akan menimbulkan perasaan cinta kepada BN bagi pengundi.
Selepas lebih 50 tahun mentadbir urus, ketiga-tiga mereka jelas sedang kalut – menggunakan pelbagai helah yang kotor, melakukan pembohongan, cakap tak serupa bikin, mengancam, melakukan keganasan serta mengamalkan politik yang tidak rasional seperti mempengaruhi pihak polis untuk mengugat keselamatan wakil-wakil yang telah dipilih dari parti Pembangkang oleh rakyat.Belajar dari orang yang salah- Umno & Perkasa!
Jika isu perkauman ini diperbesarkan, sampai bila-bila kita tidak akan mencapai matlamat “National Unity” itu.
Keduanya ialah kerajaan yang rasuah akan akhirnya jatuh bergelimpangan dan sejarah lama dan baru telah membuktikannya. Tidak payah di ulang-ulangi lagi. Kita lihat dan anak-anak muda juga melihat yang rasuah itu sudah menjadi “attribute” penting kepada Umno. Umno itu rasuah dan rasuah itu Umno.
Oleh itu kita lihat kedua-dua faktor ini menebal di dalam Umno. Jika kita terus memberikan sokongan kepada Umno maka ia bermakna yang kita semua mahukan negara kita dihancurkan oleh rasuah dan rakyat dipecah belahkan oleh isu perkauman yang menjadi mainan Umno sekarang ini.
Elok kita memberi tahu pimpinan Umno jika sudah tidak mampu untuk memperbaiki diri, elok sahaja mengangkat bendera putih: serah diri kepada rakyat dan katakan kepada rakyat yang kamu semua tidak lagi mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan memberikan pula peluang kepada parti-pati alternatif untuk mentadbir negara ini.

No comments:

Post a Comment